Tuesday, 9 December 2014

Kenapa Rambut Gugur Semasa Mengandung dan Selepas Bersalin?

Mengalami rambut gugur? Baru bersalin pun dah gugur rambur? Ok..hari ini saya ingin berkongsi berkaitan rambut gugur...Kenapa ianya gugur?


FAKTA TENTANG RAMBUT

1.Tempurung kelapa ditumbuhi 100,00 helai rambut (untuk rambut hitam)
2.100 helai rambut gugur dianggap biasa
3. Penggunaan banyak bahan kimia boleh menyebabkan keguguran rambut
4. Kekurangan zat besi dan ketidakseimbangan tiroid boleh menyebabkan keguguran rambut
5. Kekurangan nutrisi akibat diet rendah lemak atau diet akan lebih berisiko mengalami masalah kehilangan rambut yang berkaitan dengan nutrisi.




7 SEBAB RAMBUT GUGUR


1. SYAMPU


Tidak semua syampu sesuai untuk semua jenis rambut. Anda memerlukan syampu yang ringan, dan TIDAK  banyak mengandungi BAHAN KIMIA. Menggunakan syampu yang tidak sesuai dengan rambut akan menjadi punca keguguran rambut.


2. KEHAMILAN


Kehamilan boleh menyebabkan perubahan hormon dalam badan dan beberapa ketegangan lain yang mempunyai kesan  langsung kepada pertumbuhan rambut seseorang. Ini wujud dan berpanjangan selepas bersalin. Bagaimanapun, dengan  penjagaan yang betul, pertumbuhan rambut dapat dikekalkan.


3. KERING


Oleh kerana rambut dan kulit kepala anda terdedah kepada pencemaran dan cahaya matahari, serta bahan kimia dari syampu secara tetap, adalah penting untuk sekali sekala meletakkan minyak zaitun atau minyak rambut untuk menjaga rambut anda. Apabila anda tidak meminyakkan dengan betul, ia kehilangan khasiat dan akhirnya rosak dan gugur.


4. TEKNIK DANDANAN RAMBUT


Terlalu kerap mendandan rambut, briding atau membuat ikatan yang dangat ketat boleh menyebabkan rambut tegang. ini akhirnya membuatkan rambut lemah dari akar dan penyebab keguguran rambut.






5. TERLALU BANYAK UJI KAJI


Kekerapan mewarnakan rambut setiap beberapa bulan juga mendorong kepada masalah. selain itu, menggunakan alat yang berhaba tinggi juga boleh membuatkan rambut anda rapuh, dan akhirnya menyebabkan kehilangan rambut yang berlebihan. Malah, blow dry rambut setiap hari juga bukanlah tabiat yang sihat, kerana ia menyebabkan rambut menjadi lemah.


6. TRICHOTILLOMANIA


Ini merujuk kepada orang yang mempunyai tabiat menarik atau mencabut rambut. Ia boleh menyebabkan bahagian tertentu kulit kepala menjadi botak. Jika tabiat itu dikawal, rambut boleh tumbuh semula. Walaubagaimanapun, terlalu banyak memetik atau menarik rambut boleh menyebabkan kebotakan secara kekal.


7. GENETIK


Jika ahli-ahli keluarga, terutama ibu bapa mempunyai sejarah keguguran rambut dan botak, kemungkinan besar anak-anak akan mengalami perkara yang sama.






Sumber: Rapi


Untuk entry lain kali saya akan kongsikan Cara Atasi Rambut Gugur...


Happy Reading!!

Saturday, 6 December 2014

Awas Pengambilan Garam! Darah Tinggi Menyerang!

GARAM DAPUR @ GARAM NATRIUM KLORIDA


Garam yang digunakan dalam seharian biasanya disebut garam dapur. Namun secara saintifiknya ia dikenali sebagai natrium klorida.


Garam telah digunakan sejak dahulu lagi untuk mengawet makanan. Oleh sebab terbiasa dengan garam, makan yang dimakan akan terasa tawar dan hambar tanpanya. Manfaat garam bagi tubuh manusia adalah kerana adanya unsur natrium. Unsur ini diperlukan untuk menggantikan zat makanan lama dengan zat makanan baru.




Pembuluh darah Mengembang dan Mengecut


Kelancaran penukaran zat makanan tersebut bergantung kepada kadar natrium dalam darah yang beredar dengan cara menumpang pada sel darah merah. Apabila kekurangan natrium, maka sel darah akan mengembang sehingga boleh melukakan pembuluh darah itu sendiri. akan tetapi apaila natrium berlebihan maka sel darah merah akan mengecut. Jadi kandungan natrium dalam darah haruslah seimbang.




Tubuh manusia hanya memerlukan lebih kurang dua gram atau setengah sudu teh garam sehari. apabila terlebih mengambil garam, ia boleh menyebabkan :-

1) Tekanan darah tinggi,



2) mempercepatkan osteoporosis pada wanita,


3) menimbulkan gangguan pada sel tubuh dan
4) boleh mematikan fungsi sel.

Selalunya kita mengambil garam 5-6 gram sehari dan mungkin bertambah jika memakan lauk seperti telur masin atau ikan masin.



Pengambilan garam perlu dikurangkan. memang pada awalnya tubuh akan berasa lemah dan tidak bertenaga dan makanan terasa langsung tidak enak, namun ia lebih bermakna kerana tubuh akan jadi lebih sihat dan terhindar daripada penyakit.


sumber: Mingguan wanita 2006


Cadangan untuk sakit darah tinggi adalah VIVIX




Testimoni-Testimoni Pesakit Darah Tinggi






Untuk ORDER VIVIX sila KLIK LINK di BAWAH
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=df8a6aa94e8b9dafafb2761be5c197c5


@ Hubungi :

Farwizah Darwisha
0199027834

COD Pasir Mas, Tanah Merah, Rantau Panjang, Kota Bharu

Semasa Cuti sekolah COD Kuala Terengganu

Thursday, 4 December 2014

Osteoporosis Jangan Hanya Pandang Ringan

Gaya hidup sihat yang selalu diamalkan oleh individu adalah mengelakkan makanan berlemak,
cukup beristirehat, Dan berusaha mengelakkan perkara yang boleh menyebabkan stress.




Tetapi ada satu aspek dalam tubuh kita yang sebahagian besar tidak diberi perhatian adalah tulang sedangkan anggota ini amat penting dititikberatkan dan perlu kita khuatir tentang kesihatannya.

Kerapuhan tulang atau osteoporosis dipandang serius kerana ia boleh mnyebabkan tulang menjadi lemah dan retak. Dan wanita merupakan golongan yang paling mudah diserang osteoporosis. Dikatakan satu daripada tiga wanita diserang berbanding satu daripada enam lelaki.



Kerapuhan tulang ini menyebabkan rasa ngeri, kehilangan mobiliti dan sebagainya. Jika diiringi dengan komplikasi lain, ia boleh menyebabkan kematian. Biarpun tulang rapuh ini sering dikaitkan dengan orang tua tetapi dalam beberapa kes, ia turut dilaporkan terjadi kepada remaja.

Oleh itu, kalsium amat penting untuk;
1. Membina dan mengekalkan tulang dan gigi kuat
2. Memungkinkan pembekuan dalam darah
3. Mengeluarkan hormon & enzim dalam badan
4. Mengawal ' muscle cotraction'
5. Menstabilkan, membantu dalam proses penyerapan oleh sel
6. Membantu pengeluaran tenaga

Apabila kalsium dapat secukupnya..maka tiada lagi berlaku masalah osteoporosis..




Untuk mencuba,
Hubungi:-
Farwizah Darwisha
0199027834


COD Pasir Mas, Tanah Merah, Rantau Panjang, Kota Bharu

Jalan kaki Senaman untuk Turunkan Berat Badan

SENAMAN JALAN KAKI 


Senaman ringan memang baik untuk diamalkan. Salah satu senaman ringan yang mudah untuk dilakukan adalah jalan kaki. Jalan kaki akan membantu menguatkan tulang, mengawal berat badan, dan kestabilan jantung serta paru-paru. Sekarang, rata-rata kita semakin malas untuk berjalan kaki. Terutamanya bila ke tempat membeli-belah....kalau boleh nak parking kereta depan muka pintu tempat membeli belah tu....Memang macam tu tabiat kita sekarang ni...Apa kata kita ubah gaya hidup kita untuk kehidupan yang lebih sihat.



Mengamalkan jalan kaki secara rutin dan konsisten adalah salah satu faktor terpenting dalam membentuk program aktiviti fizikal yang sihat.

Kajian yang dijalankan


Kajian menunjukkan bahawa orang yang berjalan kaki kira-kira 20-25 batu per minggu lebih panjang umur beberapa tahun jika dibandingkan dengan mereka yang tidak melakukan aktiviti ini.

Beberapa Fakta Berjalan Kaki

- Jalan kaki selama 20 minit setiap hari membakar 7 paun lrmak per tahun
- Jalan kaki dalam tempoh yang lama pada yakni 40 minit setiap hari adalah cara terbaik untuk menurunkan berat badan
- Jalan kaki cepat iaitu dari 20 hungga 25 minit adalah keadaan terbaik bagi jantung dan paru-paru.



Jalan kaki juga memberikan manfaat berikut;

# Memperbaiki keberkesanan jantung dan paru-paru
# Membakar lemak dalam tubuh
# Mrningkatkan metabolisme sehingga tubuh membakar kalori lebih cepat, sekalipun sedang beristirehat
# Membantu mengawal selera
# Meningkatkan tenaga
# Membantu menyembuhkan stress
# Melambatkan penuaan


Sesungguhnya senaman berjalan kaki juga dapat membakar kalori. Semoga senaman ini dapat menyihatkan badan kita.

Wednesday, 3 December 2014

Vitamin E harga murah di bulan Disember

Vitamin E mempunyai ciri-ciri ANTIOKSIDAN yang mana dapat membantu untuk mencegah kerosakan sel daripada ancaman RADIKAL BEBAS...
Fungsi Vitamin E
√ sebagai penghalang oksidisi, melindungi atu mencegah kerosakan sel
√ Menolong menyerap oksigen.Penyelidikan menunjukkan vitamin E mengurangkan keperluan oksigen untuk jantung, membolehkan jantung mengepam dengan lebih efisyen
√ Melambatkan proses penuaan
√ Menyokong daya keimunan. Meransang bahagian yang penting dalam sistem perlindungan, menjadikan badan lebih berkesan menghalang jangkitan.
√ Melindungi Vitamin A dan C dari dimusnahkan
√ Penyelidikan menunjukkan vitamin E berperanan untuk mencegah kanser
√ Mineral SELENIUM pula menyokong aktiviti vitamin E berfungsi sebagai sebahagian daripada komponen glutation peroksida iaitu sejenis enzim daripada keluarga enzim antioksidan
Punca Radikal Bebas
1. Pencemaran Alam Sekitar
     * asap kenderaan
     * asap kilang
2.  Bahan Kimia
      * pharmaceutic drugs
3. Pemakanan
     * Makanan yang diproses
     * Bahan Pengawet
     * Pewarna
4. Merokok
5. Sinaran Radiasi
      * sinaran ultra unggu akibat daripada lapisan ozon     yang nipis
      * radiasi nuklear
6. Stress
Untuk di bulan ini...harga vitamin E jauh lebih murah berbanding harga di bulan lain...dapatkan harga yang paling murah ini hanya di bulan Disember ini sahaja.
Untuk lebih JIMAT...Beli 6 Percuma 1...anda boleh menDAFTAR sebagai AHLI dengan PERCUMA.
Pulangan dalam bentuk TUNAI diberikan sebagai BONUS...sangat untung dan dapat berjimat.
Maklumat Lanjut:
Farwizah Darwisha
0199027834
COD area PASIR MAS, TANAH MERAH, KOTA BHARU

Tuesday, 2 December 2014

Sustained Release Vitamin C Shaklee dan Vitamin E Promosi Berganda Disember

Vitamin C & Vitamin E


Rata-rata mahukan kulit yang cantik....kulit yang tiada jerawat...tiada jeragat...Bulan ini sangat sesuai bagi mereka yang sedang mencari produk yang dapat menghilangkan jerawat....jeragat..kulit kusam....

Jom kita berkenalan terlebih dahulu dengan produk vitamin C..

Peranan Vitamin C

Vitamin C sangat penting kerana ia terlibat di dalam aspek kesihatan kita. Umpamanya:

1) Membina & Membaiki tulang, gigi, gusi & tisu penyambung
2) Membentuk kolagen yang penting untuk menyambung struktur otot, tisu, tulang & cartilage (bahan yang menyelaputi sendi dalam tubuh)
3) Memelihara saluran darah yang sihat
4) paling penting sebagai kuasa penyembuh (healing)



BELI 6 PERCUMA 1...



BELI 2 DAPAT JIMAT 5%


PERANAN VITAMIN E

Vitamin E mempunyai ciri-ciri ANTIOKSIDAN iaitu dapat membantu mencegah kerosakan sel daripada ancaman RADIKAL BEBAS...

R& D melaporkan bahawa 90% masalah kesihatan / penyakit adalah angkara RADIKAL BEBAS

FUNGSI  VITAMIN E

# Sebagai penghalang oksidisi, melindungi / mencegah kerosakan sel
# Menolong sel menyerap oksigen.
# Melambatkan proses penuaan
# Menyokong daya keimunan
# Melindungi Vitamin A & Vitamin C dari dimusnahkan
# Penyelidikan menunjukkan vitamin E berfungdi untuk mencegah KANSER
# Mineral SELENIUM pula menyokong aktiviti vitamin E berfungsi sebagai sebahagian daripada komponen glutation peroksida iaitu sejenis enzim daripada keluarga enzim antioksidan.





Yang nak JOIN AHLI pun boleh yer....




Maklumat Lanjut Hubungi:

Farwizah Darwisha 
0199027834




Tips Memupuk Disiplin Anak-Anak Menurut Al-Quran & Al-Sunnah

Hari ini saya ingin berkongsi cara memupuk anak melalui Al-Quran yang dipetik dari Majalah Ummi 1994..

Apabila seseorang itu mati, maka terputuslah segala hubungannya dengan dunia, melainkan  3 perkara iaitu 1) SEDEKAH JARIAH, 
2) ILMU YANG DIMANFAATKAN, 
3) ANAK SOLEH.



Ini bermakna anak yang soleh merupakan pelaburan sangat besar kepada ibu bapa. Oleh itu, setiap ibu bapa muslim yang beriman perlu mempunyai matlamat mendidik anak-anak mereka kea rah insan yang bertakwa  dan beramal soleh. 

Disiplin Menurut Pandangan Islam


Disiplin dikaitkan dengan sistem, latihan, pembentukan dan juga pengadaban. Jelasnya disiplin itu sendiri sebagai latihan atau pengalaman untuk membaiki, membentuk, mengukuh dan menyempurnakan sahsiah.

Hadis Riwayat At-Tirmidzi:

" Seseorang yang mendidik anaknya lebih baik daripada bersedekah satu karung:"

Pemupukan Disiplin Melalui Contoh Teladan


Rasulullah Sebagai Teladan Utama

Anda perlu mendekati dan mengamalkan kaedah mendidik anak berdasarkan sunnah Rasulullah supaya didikan anda itu diberkati dan dirahmati ALLAH. Sesungguhnya Rasullullah sebaik-baik contoh sebagai pendidik, bapa dan datuk yang amat bertanggungjawab dan penyayang.



Kisah Rasulullah yang amat penyayang boleh dijadikan contoh. Pernah berlaku, ketika Rasullulah sedang mengimamkan para sahabat, baginda lambat mengangkat kepala sewaktu bersujud. Kemudian ditanya oleh para sahabat mengapa berlaku demikian? Rasullullah menerangkan bahawa ketika bersujud, Hassan (cucu baginda) telah naik ke tengkuk baginda. Baginda tidak mengangkat kepalanya sehinggalah cucu kesayangannya beralih dari tengkuk baginda. Begitulah kasih sayangnya Rasullullah terhadap cucu baginda.

Oleh itu, ibu bapa adalah sebagai teladan terdekat yang paling dekat dan rapat dengan anak-anak. Mereka mudah terikut-ikut dengan perangai dan tingkahlaku yang ditunjukkan oleh ibu bapa. Jika baik cara ibu bapa, maka kesannya baiklah kepada anak-anak. Begitulah sebaliknya.

Sabda Rasullullah S.A.W

" Ajarlah kebaikan kepada anak-anak kamu dan keluarga dan didiklah mereka."


Semoga bermanfaat dalam mendidik anak-anak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
FARWIZAH M.I.D LOVE'S Copyright © 2015 Designed by NH Design