Sebenarnya masih ada banyak cara yang boleh dilakukan bagi mengawal tahap kesihatan tanpa perlu mengambil masa yang masa. Selain daripada lihat apa yang kita makan, berikut merupakan cara yang boleh dilakukan bagi mengekalkan kesihatan tanpa mengeluarkan kos yang tinggi.
1. Kurangkan Stress
Kebanyakan masayrakat Malaysia kini memperuntukkan lebih kurang 12 jam selama enam hari seminggu semata-mata bekerja sahaja. Hal ini menyebabkan mereka sering berhadapan dengan tekanan yang berat di tempat kerja. Oleh itu, cubalah curi sedikit masa bekerja untuk kurangkan stress anda.
Add caption |
Caranya, pergilah melancong, menonton TV, bersukan, memasak. Aktiviti ini boleh dilakukan bersama keluarga.Lakukan perkara yang menggembirakan anda, stress anda pasti akan hilang.
2. Kawal, kawal dan kawal
Kebanyakan pakar kesihatan menyatakan bahawa persekitaran yang mengandungi toksin boleh menyerang sistem dalam badan kita. Namun begitu, perkara ini sukar untuk dielakkan tetapi masih boleh kita kawal.
i) kawal pendedahan diri terhadap asap kenderaan
ii) kawal penggunaan bahan kimia dan racun perosak
iii) kawal menyedut terlalu banyak asap dan debu (termasuklah asap rokok ye!)
3. Tidur lebih awal
Proses penyembuhan, membaiki serta pengawalseliaan badan dilakukan semasa kita tidur. dengan memberikan perhatian semasa tidur sebenarnya dapat memberikan kita hari yang lebih baik pada keesokannya. tabiat buruk yang tidak baik pastinya akan mecuri sedikit wang anda. Tidur tidak perlukan kos yang lebih, hanya dapatkan tidur yang secukupnya sahaja bagi mengelakkan diri dari jatuh sakit.
Mudah Bukan??? Hanya dengan 3 perkara di atas jika diamalkan kehidupan kita akan lebih sihat dan tidak memerlukan kos yang tinggi.
Selamat mempraktikkannya ye...'
Sumber: I-Sihat
No comments:
Post a Comment