Friday, 10 July 2015

Tiada lagi Bubur Lambuk Terengganu Tok yang sedap

Bulan Ramadhan kali ini setiap minggu balik kampung, di Terengganu...memang agak penat skit, tapi disebabkan orang tersayang....penat tu tak terasa....

Apabila tiba bulan ramadhan, biasanya tok akan buat bubur lambuk....tahun ni tidak dapat merasa.....memang sedap sangat kalau tok buat....tak dapat menandingi yang dijual di kedai....(panggilan Tok kat terengganu merujuk kepada tok perempuaan...Tokki barulah datuk lelaki)

Masuknya Ramadhan, anaknya yang duk Dungun datang ambik untuk tinggal bersamanya....ini kerana nak bagi peluang beliau merehatkan diri...kalau tidak sibuk je dia duk di dapur walaupun diri tidak larat...dia sangat cerewet dari segi pemakanan...sekali tidak bersih selagi tula dia akan cuci sehingga bersih...dan hanya pemakanan tertentu sahaja yang dia akan makan....

Pada awal Ramadhan, ketika berada di rumah anaknya itu, dikejutkan beliau tidak sedarkan diri pada malam Jumaat....pada malam itu juga mak telefon memberitahu perkhabaran tersebut...Ya Allah pada malam-malam dalam puku 2.00 pagi....Jadi, saya dan suami membuat keputusan untuk balik keesokkan paginya....

Esoknya seawal 8.00 pagi, saya bertolak ke Terengganu, dalam pukul 10.30 pagi sampai...perjalanan pada pagi Jumaat sangat lengang......hanya mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah..lepas tu bertolak terus ke Hospital Dungun, kerana pada pagi tu tok sudah dihantar ke Hospital Dungun....Mendengarkan mak saudara bercerita, memang pada malam tersebut tok sudah tidak sedarkan diri sampailah pada pagi itu ke hospital barulah beliau sedarkan diri....

Pukul 1.00 tengah hari , saya masuk melawat tok...tok kelihatan tidak bertenaga...saya bertanyakan samada beliau kenal atau tidak lagi....masih segar dalam ingatannya.....masih boleh menyebut nama saya...masih boleh bercakap-cakap...cuma kekadang merapu jugak skit....mak sedara suapkan roti cicah air milo...tenyata beliau susah jugak nak mengunyah tapi masih boleh mengunyah...tok masih boleh senyum....masih boleh mendengar...measih boleh bercakap....sekeping roti je kot abis...lepas tu tok pun berehat....bila nampak tok penat....saya pun cakap kat dia, xpelah tok, tok rehat dulu ye...Saya pun beredar ke rumah mak sedara di Ketengah Jaya, lebih kurang 40 minit jugakla nak ke rumahnya....Mak  saudara yang menjaganya pada petang itu....

Petang sebelum berbuka puasa, dikejutkan lagi tok dah tak bukakan mata...tak sedarkan diri sekali lagi....Pihak hospital mencadangkan menghantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah di Kuala Terengganu....pihak keluarga bersetuju untuk menghantar ke sana....tok dihantar dengan ambulans...maka kami turut serta sejurus tok dibawa ke sana.....


Next entry untuk episod tok berada di HSNZ......

Bubur Lambuk Tok



Jumaat 23 Ramadhan.....

10 Julai 2015


~ Kenangan Bersama Tok akan sentiasa segar dalam ingatan~





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
FARWIZAH M.I.D LOVE'S Copyright © 2015 Designed by NH Design