Wednesday, 26 March 2014

Pentingnya ujian imbasan ketika hamil

Maklumat yang diperoleh melalui Ujian Imbasan ketika hamil



1. Memeriksa dengupan jantung bayi

bagi memastikannya normal, mereka akan mengira dengupan jantung setiap satu minit.
2. Mengesahkan Kedudukan bayi

ujian ini memastikan bayi membesar dalam rahim dan bukaannya di luar rahim atau dikenali sebagai kandungan molar (embrio tersekat di tiup falofio atau lain-lain tempat selain dalam rahim).

Petanda mengenai molar biasanya diketahui lebih awal dan ujian dilakukan sekadar untuk pengesahan.



3. Mengukur Saiz Bayi

Doktor akan mengukur bayi anda pada bahagian tulang dan abdomen bagi memastikan saiz bayi sesuai dengan usianya.


4. Memeriksa Kehamilan Kembar

Melalui ujian imbasan ini, ibu dapat mengetahu samada mereka mengandungkan anak kembar dua atau lebih.


5. Memeriksa Kedudukan Plasenta

Sekiranya ibu mempunyai uri di bawah (plasenta previa) ia mungkin akan menyebabkan kesakitan dan pendarahan semasa hamil. Biasanya doktor akan mengesan kedudukan uri begini.


6. Mengetahui jumlah air ketuban dalam rahim

ibu hamil akan mempunyai masalah jika terdapat lebihan atau kekurangan air ketubahan dalam rahim. ujian susulan akan dibuat untuk mengetahui puncanya.

7. Memeriksa samada bayi normal atau sebaliknya

Pakar akan membuat rawatan susulan jika bayi mempunyai masalah Sindrom Down atau kelahiran cacat.

8. Mengenal pasti jantina bayi

Pasti teruja untuk melihat jantina bayi kan? ada juga pasangan ibu bapa yang tidak mahu melihat jantina bayi atau membuat imbasan...terpulang kepada pasangan tersebut. 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
FARWIZAH M.I.D LOVE'S Copyright © 2015 Designed by NH Design