Thursday, 27 March 2014

Bagaimana nak Beku & Cairkan Susu Ibu

Bagi yang bergelar ibu semestinya ianya satu perkara baru yang perlu dipelajari.....

Namun tidak susah sebenarnya jika ibu itu bersungguh-sungguh ingin menyusukan anaknya...

Di sini terdapat beberapa tips yang boleh dikongsikan bersama....

Susu Ibu yang dipamkan ke dalam botol 


Tip membekukan susu perahan
*Masukkan susu ibu ke dalam botol bersih selepas mengepamnya. Lebihkan sedikit kerana susu akan mengembang ketika membeku.

*Simpan susu perahan anda dalam bahagian yang kecil mengikut keperluan bayi supaya mudah mencairkannya.

*Labelkan susu dengan tarikh supaya memudahkan anda. Susu yang dibeku dapat bertahan sehingga tempoh empat bulan.

*Simpan susu perahan dalam peti dingin beku. Jangan letakkan di bahagian bawah (chiller) kecuali apabila anda hendak mencairkan dan memberikan kepada bayi.

Tip mencairkan susu beku
*Sekiranya anda ingin terus menggunakan susu beku, letakkan dalam bahagian bawah peti sejuk. Biasanya susu beku memerlukan tempoh sehari untuk mencairkannya. Hangatkan susu dengan cara merendam botol dengan air suam apabila hendak memberikan kepada bayi.

*Jika hendak menggunakan susu beku terus, rendam botol dalam air suam.

*Jangan bekukan kembali susu yang sudah dicairkan.

*Jangan cairkan susu dalam ketuhar gelombang mikro. Susu akan menjadi terlalu panas dan merosakkan enzim-enzim yang ada di dalamnya.

Semoga dapat manfaat dan dapat dijadikan panduan untuk ibu-ibu.



sumber : pa & ma

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
FARWIZAH M.I.D LOVE'S Copyright © 2015 Designed by NH Design