Thursday, 26 December 2013

Berdiet bukan sampai tidak makan

Apa perasaan anda apabila berjaya menurunkan berat badan, sekalung tahniah diucapkan kepada diri sedndiri. pastinya bukan laluan yang senang untuk anda hadapi. hasilnya apa yang anda perolehi memerlukan dorongan yang cukup kuat untuk anda mendisiplinkan diri dengan kebiasaan-kebiasaan aturan makan dan aktiviti harian anda.

kucing-bersenam
Gambar sekadar hiasan semata-mata

Berikut adalah tips mempertahankan berat badan agar tidak kembali ke asal.
1. Tidak mudah terpengaruh
Senyuman meleret pastinya akan terukir apabila ada yang memuji penampilan diri anda yang baru. Tapi perlu diingatkan, jangan hanyut dengan pujian yang kadangkala memakan diri.
2. Jauhi makanan berlemak
jangan mudah percaya dengan mengatakan rendah lemak dan tiada lemak. sebaliknya selidik terlebih dahulu apa kandungan produk yang ingin anda beli, terutamanya jenis kuih-muih dan snek ringan. lebih baik anda makan makanan berserat tinggi jika dibandingkan dengan produk yang diolah semula.
3. Hitungkan jumlah kalori.
dalam satu hari, kadangkala anda buat tidak kisah dengan makanan yang diambil. anda lebih banyak mengambil kalori berbanding dengan tenaga yang dikeluarkan, itulah menyebabkan berat badan bertambah dengan sendirinya.
4. Kuantiti makanan yang banyak.
Bukan bermaksud anda perlu menderita kelaparan kerana makan dalam jumlah yang sedikit. Cubalah menetapkan apa yang anda perlu makan untuk sarapan, pagi dan malam serta pastikan anda tidak lari dari ketetapan yang sudah anda buat.
5. Nota
Tidak salah cuba membiasakan diri dengan mencatat apa yang telah anda ambil untuk satu hari. dalam tempoh 24 jam tersebut cuba anda senaraikan apa yang telah anda ambil dan aktiviti yang boleh membakar kalori.
6. Makan apabila lapar
Ini memang mudah dilakukan tetapi ramai orang makan dengan memberi alasan selain lapar seperti bosan, tekanan, semasa menonton tv dan tidak sengaja. Jadi, memasukkan makanan ke dalam mulut, fikirkan dahulu adakah anda benar-benar lapar atau memang perlu mengambil makanan itu.
7. Rajin mencatat.
Ramai orang yang sukses mencapai berat badan yang ideal kerana memiliki diari makanan. Memang sukar, setiap kali makan sesuatu, catatlah apa, berapa banyak dan berapa kali anda memang perlu mangambil makanan itu.
8. Jangan biarkan diri terlalu lapar.
Makanlah sedikit tetapi dalam keadaan yang kerap, boleh mengunyah tetapi pilih kalori dan serat yang tinggi kerana membantu perut anda terasa sentiasa kenyang seperti buah-buahan, bijirin dan banyak minum air dalam sehari.
9. Jangan hilang kawalan
Jika ini berlaku, anda tidak mampu mengawal diri saat anda berdepan dengan makanan kegemaran anda seperrti kentang goreng, ais krimpizza. boleh sahaja jika anda benar-benar tidak dapat menahan diri dengan makan secara perlahan-lahan tetapi dengan  jumlah yang sedikit. biasanya jika anda kehilangan kawalan diri, anda cenderung makan secara berlebihan.
10. Bersikap realistik
Menurunkan berat badan secara bertahap akan bertahan lebih lama jika dibandingkan anda memaksa diri kehilangan beberapa kilogram dalam seminggu.

Disiplin yang tinggi sangat diperlukan untuk menghasilkan kejayaan yang jitu dalam proses berdiet. Jangan sampai tidak makan ye…

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
FARWIZAH M.I.D LOVE'S Copyright © 2015 Designed by NH Design