Wednesday 23 November 2011

Seperti yang dijanjikan dalam entry terdahulu, kali ni saya nak kongsi pengalaman saya consume Trial Pack (Breastfeeding) Shaklee.

Bila penghasilan susu saya merudum, saya terus teringat kat entry Kak Kunaz tentang milk booster. Masa entry tu keluar, saya tengok gitu-gitu je sebab masa tu tengah pregnant & anggap susu akan banyak once baby dah keluar nanti. Tapi bila dah terkena baru lah gelabah baca setiap perkataan kat entry tu :D

Bila saya refer kat Kak Kunaz, dia suggest consume Alfalfa, protein drink, multivitamin, dan Bio Nzyme. Dia tanya kalau nak order Trial Pack (Breastfeeding) Shaklee, dia boleh tolong orderkan hari tu jugak kat officemate dia, Kak Laila. So saya pun setuju sebab dah terdesak nak cepat-cepat susu banyak kembali. Hehe.

Protein drink pulak actually saya berminat dengan yang Amway punya sebab dia kata sedap perisa Berry. Tapi kena tunggu hujung minggu baru dia boleh belikan, lepas tu nak kena post lagi kan. So agak lambatlah nak sampai ke tangan saya. Kalau nak cepat, dia suggest protein drink Shaklee. So saya pun on jelah, belum cuba belum tahu kan?

Bila saya baca testimonial orang-orang yang dah try Shaklee ni, lagilah saya teruja!


Trial Pack (Breastfeeding) Shaklee



Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee. Boleh tahan hampir 2 bulan.


Setiap hari saya makan 2 tablets Alfalfa. Vitamin C, Multivitamin, dan B Complex pulak saya makan 1 tablet setiap satu. Memang kena minum banyak air bila makan vitamin. So saya pastikan minum 3 liter air masak setiap hari walaupun kadang-kadang tak tercapai :P


ESP plak saya bancuh 1.5 sudu besar dengan Vico. Sedap! :D Tapi ESP tu takleh campur dengan air panas sebab protein mati dalam suhu 40 darjah celcius.




Perubahan Yang Dirasakan


1. Pening-pening pada 5 hari pertama selepas consume. Sebab berlaku healing crisis. Tapi takdelah sampai tak boleh buat kerja :D


2. Lil Zahin menyusu sekejap je dah kenyang. Sebelum ni menyusu around 20 - 45 min, kadang sejam. Sekarang tak sampai 10 min pun, sebelah je pulak tu. Rupanyasusu semakin pekat. Dah nampak macam formula milk pulak. Hehe.


3. Masa let-down reflex (LDR), susu memancut keluar. Dulu menitik-nitik saje :D Means susu banyak la kan :) Tak dapat nak tunjuk hasil pump sebab saya direct feeding saja hehe.


4. Ada beberapa orang cakap kulit lil Zahin ni halus dan lembut, best bila sentuh. Bukan ke semua baby kulit halus dan lembut? Hehe. Tapi yang saya perasan, dulu muka lil Zahin banyak biji-biji kecil. Bila saya tanya Ummi saya, dia kata masa saya baby dulu pun macam tu.


Sampai ada orang cakap macam udang kena bakar. And bila time lil Zahin ni, ada jugak orang cakap macam udang kena bakar! Haha. Like mother like son :P Tapi lepas consume Shaklee ni, biji-biji tu dah semakin hilang :D
Sebelum consume, usia lil Zahin 22 hari. Banyak biji-biji kat muka. Kesian :(
Selepas sebulan consume, usia lil Zahin 51 hari. Dah takde biji-biji!

Selepas 2 bulan consume, usia lil Zahin 87 hari. Semakin licin :D

Even saya tak lap dengan kain lembab sisa susu kat mulut lil Zahin pun tak naik ruam. Sebab lil Zahin sangat rajin mengelap mulut dia dengan mitten dia. Haha.


5. Berat badan lil Zahin bertambah dengan pesat. Haha. Masa 1st month, berat lil Zahin naik 0.6 kg je. Masa tu baru 5 hari consume Shaklee. 2nd month naik 1 kg dan 3rd month naik 1.4 kg.


6. Bila BF ni kita cepat lapar kan? Tapi since consume Shaklee ni, jarang sangat lapar! Dulu kejap-kejap je perut bunyi kriuk kriuk hehe.


Sekarang saya sedang consume trial pack ke-3 dan ESP canister kedua :D Untuk trial pack yang latest ni pulak saya add on calcium :D Takmo la gigi sumbing suatu hari nanti kan :P
________________________________________


Tahniah Puan nadxoxo dan ibu-ibu diluar sana yang memilih untuk menyusukan bayi. Tiada yang lebih baik untuk simanja anda melainkan susu ibu yang berkualiti. Pelaburan supplement untuk penyusuan memberikan faedah untuk anda & bayi. memang berbaloi :)


Terima kasih sekali lagi, Puan nadxoxo, untuk entri ni. Mudah-mudahan semakin banyak kebaikan yang diperolehi. Pembaca yang bermnat dengan Soft toys & educational toys, boleh contact Puan nadxoxo ye diblognya atau FB nya.. :))





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
FARWIZAH M.I.D LOVE'S Copyright © 2015 Designed by NH Design