Wednesday, 1 June 2016

8 RAHSIA orang BERJAYA

Sharing from Thanesh Ethan


8 RAHSIA orang BERJAYA

Ini ialah berdasarkan kajian 10 Tahun dengan 500 orang yang telah BERJAYA dari seluruh dunia, yang di buat oleh Richard St.John, TED-Ed.

1. Keinginan - PASSION
- Orang yang BERJAYA sangat CINTAKAN apa yang mereka buat.
Jika anda tak suka apa yang anda tengah buat, anda sukar untuk berjaya. Orang yang berjaya takkan buat sesuatu untuk dapatkan duit. Sebaliknya mereka suka apa yang mereka buat sampaikan mereka sanggup untuk mengorbankan masa tidur.


2. Kerja - WORK
- Semua orang BERJAYA akan bekerja dengan sangat KUAT. Mereka tidak akan mengenal erti KELETIHAN. Mereka tidak mengenal perbezaan antara hari AHAD dan hari ISNIN.

3. Fokus - FOCUS
- Orang yang BERJAYA sentiasa FOKUS pada satu kerja sebelum LOMPAT ke kerja lain. Kebanyakkan orang, mereka tidak fokus, mereka buat semua dengan merasakan mereka ini boleh buat semua perkara dalam satu masa, dan akhirnya mereka tidak dapat capai apa yang mereka nak.

4. Menolak - PUSH
- Orang yang BERJAYA selalu MENOLAK diri MEREKA. Kalau mereka boleh lari 100 meter hari ini, mereka akan lari 200 meter pada hari esok. Mereka tidak akan kekal pada 100 meter atau di bawah 100 meter.

5. Idea - IDEA
- Orang yang BERJAYA sentiasa memikirkan tentang IDEA-IDEA bernas yang boleh mengubah sesuatu atau seseorang. Tiada magik untuk dapatkan idea. Anda hanya perlu tengok sekeliling, dengar percakapan orang, sentiasa ada semangat ingin tahu, mengabungkan perkara yang dilihat, dan tuliskan ke atas kertas. IDEA baru akan lahir secara automatik.

6. Perbaiki - IMPROVE
- Orang yang BERJAYA bukan selalunya orang yang PANDAI. Mereka hanya buat latihan demi latihan sampai mereka berjaya. Mereka akan teruskan perbaiki hidup mereka setiap hari.

7. Khidmat - SERVE
- Orang yang BERJAYA sentiasa menambah nilai kepada kehidupan seseorang. Menambah nilai dan bantu orang selesaikan masalah ialah merupakan dua sebab kenapa orang menjadi KAYA.

8. Berterusan - PERSIST
- Orang yang BERJAYA sentiasa bekerja & usaha BERTERUSAN kerana mereka sedar kekayaan takkan datang dalam masa sehari. Ia memerlukan beberapa tahun untuk sampai ke tahap yang tinggi.

Orang yang BERJAYA ialah orang yang dah pernah GAGAL berkali-kali. Tidak ada orang yang akan BERJAYA tanpa ada KEGAGALAN. :-)

Success book, 8 secrets of success by Richard St John


Saya ingin Berjaya,

Farwizah Darwisha



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
FARWIZAH M.I.D LOVE'S Copyright © 2015 Designed by NH Design