“Duit senang nak simpan atau senang nak dihabiskan?”
Kenapa perlu menyimpan emas?
Di manakah keuntungan menyimpan emas?
Ada dua sebab yang paling asas kenapa anda perlu menyimpan emas iaitu:
1. Duit senang habis
2. Emas penyimpan nilai yang sangat baik di dalam jangka masa panjang, dan boleh DIFUNGSIKAN untuk kegunaan MINGGUAN, BULANAN atau TAHUNAN.
Duit senang habis.
Tabiat menyimpan duit adalah satu tabiat yang sangat baik. Ini kerana duit yang kita simpan boleh digunakan bagi tujuan kecemasan, menunaikan umrah @ haji atau pun bagi tujuan pelaburan seperti membeli hartanah atau modal perniagaan. Walaupun kita tahu menyimpan duit itu bagus, namun tahukah kita, tabiat menyimpan duit sukar untuk dipraktikkan?
Oleh kerana duit senang nak dihabiskan, maka sukar bagi kita untuk membina kekayaan dengan simpanan duit.
Kenapa? Sebab mindset manusia terhadap duit biasanya ada dua sahaja.
Pertama bayar hutang dan kedua belanja.
Jadi bagaimana nak selesaikan masalah ini?
Jika kita hendak membina simpanan yang banyak, cuba gunakan teknik tukar duit simpanan menjadi EMAS.
Saya ada simpan 1 gram emas di dalam beg duit. Kemudian saya cabut keluar emas 1 gram tu dan tanya kawan...
Soalan saya: “Macam mana nak belanja 1 gram emas?”
Orang susah nak jawab soalan ini. Sebab orang tak ada pengalaman BELANJA EMAS.
Dalam minda kebanyakan orang, emas kena simpan. Mengikut pengalaman, duit memang susah nak simpan, terutamanya jika simpanan itu memerlukan komitmen untuk satu jangkamasa yang sangat panjang.
1gram yang pertama....boleh juga dijadikan loket.... |
Kita memerlukan disiplin yang tinggi serta hati yang cekal. Biasanya hati manusia ini, suka kepada keseronokan yang cepat dan segera. Sebab itu kita mempunyai keinginan yang spontan membelanjakan duit sebaik sahaja menerimanya. Bagi kita, itu adalah normal.
Sebenarnya sikap seronok belanja itu sangat tidak bagus dan merugikan kita dalam jangka masa panjang. Sebab itulah, dicadangkan, agar kita cepat-cepat “membekukan duit” ke dalam bentuk emas. Nak guna baru kita CAIRKAN.
Ia adalah salah satu langkah terbaik bagi mengelakkan diri dari terguna, terpakai, terbelanja, terbeli, termelabur dalam benda-benda mengarut dan macam-macam ter.. dan akhirnya... TERSONTOT.
BEKUKAN NILAI RINGGIT DENGAN EMAS FIZIKAL.
Farwizahrichgold
0199027834
http://www.lubukemasmurah.com/farwizah
No comments:
Post a Comment