Saturday, 13 June 2015

Luka Episiotomy terbuka semula...

LUKA SAYA TERBUKA!

Sumber: Dr Hana

seramnya kan??

Dalam tempoh seminggu ini saya terima rujukan beberapa kes episiotomy & luka bersalin yang terbuka semula.

Seorang ibu yang baru 7 hari bersalin dirujuk kepada saya kerana episiotomy wound gapping. Bila diperiksa, semua benangnya telah tertetas sebelum sempat lukanya bercantum. Tak sempat saya tanya, beliau mengaku telah mencuci lukanya dengan Dettol. Mungkin tidak serasi, atau mungkin cecair antiseptik tersebut tidak dilarutkan terlebih dahulu sehingga ia boleh menghakis benang jahitannya.

Sungguh saya kasihan, sudah mengalami kesakitan ketika bersalin kini sakit pula kerana luka terbuka semula frown emoticon Semoga Allah membalas pengorbanan dan kesabarannya dengan ganjaran berlipat ganda.

Saya harap para ibu tidak menggunakan cecair/ubat sembarangan untuk mencuci luka, kerana khuatir risiko benang jahitan tersebut akan terhakis dan tertetas sebelum sempat luka bercantum dan sembuh.

Secara umumnya luka episiotomi/jahitan bersalin akan sembuh dalam tempoh 2-4minggu. Benang yang digunakan adalah absorbable sutures yang akan larut sendiri tanpa perlu dibuka setelah luka sembuh.

Antara langkah mudah penjagaan luka episiotomi/luka jahitan:

1. Pastikan HYGIENE yang terjaga - bersihkan luka setiap kali selepas ke tandas & tukar tuala wanita dengan kerap (lalukan air bersih kepada luka, ‘dap’ dengan tisu bersih untuk keringkan dan jangan ‘rub’ luka tersebut)

2. Jika berpeluang, ambil masa dalam sehari untuk membiarkan luka TERDEDAH supaya luka mengalami pengudaraan (ventilation) yang baik

3. SITZ BATH – iaitu rendaman air garam – ambil segenggam garam dan larutkan dalam satu jag air panas, kemudian campurkan dengan air biasa supaya campuran tersebut menjadi suam dan tuangkan di dalam besen. Duduk di dalam besen tersebut selama 10-15minit (seperti dalam gambar).

4. Elakkan SEMBELIT (minum banyak air dan makanan yang kaya dengan fiber) – kerana kerap meneran semasa membuang najis boleh mengakibatkan luka meregang dan terbuka

5. Makan makanan yang berkhasiat bagi mendapatkan NUTRIEN penting untuk penyembuhan luka

6. Lakukan senaman KEGEL’S iaitu senaman kemutan untuk menguatkan semula otot-otot pelvis

7. Jika luka mengeluarkan cecair berbau atau bernanah segera dapatkan rawatan



Happy Reading!

Farwizah 0199027834

1 comment:

  1. takutnya bila luka bersalin tak sembuh.. time kasih atas perkongsian..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
FARWIZAH M.I.D LOVE'S Copyright © 2015 Designed by NH Design