Dianggarkan lebih kurang 50 hingga 90 peratus wanita hamil yang mengalaminya. Biasanya berlaku di awal kehamilan iaitu di minggu kelima atau keenam....dan paling teruk minggu ke sembilan dan ada juga beransur-ansur pulih apabila usia kandungan mencecah minggu ke 16 hingga ke 18...Saya boleh dikatakan golongan yang bertuah kerana tidak pernah mengalami sebarang alahan ketika hamil....semua makanan boleh makan....
Sebaliknya, alahan yang dialami keterlaluan sekiranya anda kerap muntah tidak kira masa. urin mengandungi ketosis serta tidak berselera makan sehingga berat badan menurun lima peratus daripada berat badan asal. Masalah inilah yang dinamakan Hyperemesis Gravidarum. Antara simpton lain yang mungkin boleh jadi petunjuk kepada masalah ini ialah wajah kelihatan pucat, sakit kepala, pening, mudah letih, dan tidak bermaya serta kekurangan air.
Pada peringkat awal masalah Hyperemesis Gravidarum, anda mengalami muntah antara tiga hingga empat kali sehari. Dalam masa yang sama, anda tidak berselera makan dalam tempoh 24 jam sehingga tubuh menjadi lemah. Lalu berlakulah penurunan berat badan yang ketara sehingga 2 ke 3kg dalam tepoh satu ke dua minggu.
Golongan yang Berisiko Tinggi
Sesiapa sahaja boleh mengalami Hyperemesis Gravidarum. Terdapat segelintir wanita yang mengalaminya yang sememangnya mengalami migrain, tiroid dan kencing manis serta melibatkan faktor keturunan.
Sebab Sebenar Hyperemesis Gravidarum
Keadaan ini mungkin disebabkan oleh peningkatan dan perubahan metabolik dalam kehamilan, alahan terhadap sesuatu dan faktor psikologikal di mana gaya hidup yang penuh stres. Dan ada juga berkaitan dengan kehamilan kembar.
Punca Lain Hyperemesis Gravidarum
Antaranya adalah seperti tekanan emosi, masalah sistem penghadaman yang tidak dapat berfungsi dengan baik serta pengambilan diet yang mengandungi lemak terlalu tinggi.
Semoga Bermanfaat!!
CADANGAN SET MORNING SICKNESS
Semoga Bermanfaat!!
No comments:
Post a Comment