Thursday 1 December 2011

HB 7.1:Nutriferon

Nutriferon


Kekuatan tubuh kita bergantung kepada kekebalan sistem pertahanan badan kita. Tubuh kita dilengkapkan dengan "perisai" yang amat hebat untuk melawan serangan musuh seperti virus dan bakteria. Sebelum bendasing yang boleh memudaratkan (patogen) menyerang, kita dilindungi dengan barisan pertahanan pertama iaitu seperti kulit, air mata, mukus (lendir), rambut (seperti dalam hidung) dan cecair berasid seperti di pintu faraj (organ pembiakan wanita). Sistem pertahanan ini amat hebat.



Namun, adakalanya ia masih dapat ditembusi oleh patogen. Ketika ini, kita akan dipertahankan oleh sistem pertahanan kedua iaitu sel darah putih. sel darah putih akan secara aktifnya menghasilkan antibodi untuk melawan patogen. Antibodi yang kuat amat penting untuk kita mengekalkan badan yang sihat. Kesihatan yang terjejas amat menjejaskan produktiviti kita. Pengambilan antibiotik yang kerap sebaiknya dielakkan kerana ianya akan melemahkan antibodi akibat tubuh kita terlalu bergantung kepada "senjata luar" dan akhirnya tidak berinisiatif untuk menghasilkan antibodi sendiri. Kesan buruk antibiotik, klik di sini 

Jadi, bantulah diri kita dengan pemakanan tambahan semulajadi yang boleh meningkatkan sistem imun. SHAKLEE menawarkan produk hasil kemajuan besar dalam sistem imun iaitu NUTRIFERON.

Kemajuan Besar dalam Sains Sistem Imun

Dicipta Oleh Individu Yang Menemui Interferon 
Ahli imunologi yang terkenal di dunia, Dr. Yasuhiko Kojima merupakan individu pertama yang menemui interferon pada tahun 1954 semasa beliau menjalankan penyelidikan di Universiti Tokyo. Setelah menjalankan penyelidikan selama 40 tahun dengan menguji ratusan sebatian semulajadi, beliau telah menghasilkan satu campuran unik daripada empat ekstrak tumbuhan yang menggalakkan pembentukan interferon secara semulajadi di dalam badan.*


Meningkatkan paras interferon secara semulajadi*
Para saintis dan komuniti perubatan telah mengenalpasti interferon sebagai sesuatu yang amat penting bagi fungsi imun yang sihat. NutriFeron merupakan satu-satunya pemakanan tambahan di U.S. yang dicipta oleh penemu interferon yang boleh menambahkan penghasilan interferon di dalam badan secara semulajadi.*


Terbukti daripada Empat Kajian Klinikal Pada Manusia
Campuran fitonutrien yang berkesan dan selamat ini memberi sokongan imun tepat pada peringkat sel. Kajian menunjukkan khasiat kesihatan yang luar biasa dan perlindungan imun yang diperolehi daripada campuran khas empat ekstrak tumbuhan di dalam NutriFeron.


Rumusan Berpaten Yang Eksklusif
NutriFeron tidak dapat dijumpai di mana-mana kedai. Ia hanya boleh didapati melalui Shaklee. Rumusan berpaten NutriFeron yang unik adalah eksklusif kepada Shaklee. Sebagai suatu suplemen yang hebat dan efektif, ia telah melepasi satu set ujian-ujian saintifik yang ketat dari segi keselamatan, ketulenan, keberkesanan dan prestasi.


Sekotak Nutriferon mengandungi 30sachet. Perlukah diambil setiap hari?? Ya, bagi anda yang sihat, cukuplah sekadar sekali 1-3kali seminggu. Jika demam/jatuh sakit, boleh diambil setiap hari. Maksudnya, katakan jika di ambil 2 kali seminggu, sekotak ini adalah untuk 15minggu iaitu 3bulan. Berbaloi bukan, untuk mengekalkan kesihatan anda?


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

credit to surijunior.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
FARWIZAH M.I.D LOVE'S Copyright © 2015 Designed by NH Design