Semalam punya cerita...saja bawak anak jalan-jalan kat sekitar RTC nak menengok raudah yang kat tv9 tu. Mak ooii punyala jem sampai kereta parking pun xde. Lagipun kat kelantan ni mana ada hiburan. Dulu ada la sekali skala jom heboh...tahun lepas pun xde rasanya. Ok jugak takde sebenarnya. Yelah kalau ada mesti banyak agenda-agenda lain kan.
Parking jauhla jugak...tapi xpelah exercise membakar lemak la jugak. Dalam 15 minit sampailah...
Tapi banyak dah tutup sebab lewat dah masa tu, tak dapatla tengok pengacara tv9. Sempatla anakku bergambar kat banana tu....
Dah masuk waktu magrib...sebab baru lagi datang taknak lepaskan peluang ronda-ronda jadi solatla kat surau situ....ambik air sembahyang pun beratur, nak solat pun tunggu kain sembahyang..tapi xpe asal dapat solat situ.
Usai solat, pergi ronda lagi...kat pukul 9 barula ada persembahan dari ustaz sereji berzikir munajat dan berzanji.
Tunggu dan dengar la...baguskan bila dengar cerita agama...malaikat akan datang dan memberkati majlis .
Hanya sempat sekejap sahaja sebab anakanda tido sebab lama menunggu. Takut anakanda kencing...maka kami pun beredar...alhamdulillah dapat pahala berada dalam majlis ilmu.
Semoga raudah di hatiku tv 9 kembali ke kelantan.