CORETAN IBU

28.9.2014

Sudah 4 tahun rupanya anakanda Muhammad Irsyad Darwish...dulu kecik-kecik ibu sempatla update pasal anak ibu yang sorang ni...sampai umur 2 tahun dan jarang sangat upload gambar anak ibu...kesian anak ibu...
Bukannya apa 2 tahun kebelakangan ini ibu sibuk dengan pengajian MASTER ibu...

2 tahun ambik Master Pengurusan Pendidikan kat IPG Kota Bharu...setiap hari Khamis malam juamat dan hari jumaat pagi. Pada awalnya ibu pergi sendiri, tapi lama kelamaan ibu kesiankan Walid yang sanggup hantar tunggu ibu...kelas bermula pukul 9.00 malam dan berakhir 12.00 malam...3 jam lama jugakkan..kesian walid...kadang tu sampai tertido tunggu ibu habis kelas...satu pengorbanan yang tiada nilai tandingnya...Thanks you sayang ibu..walid...

Irsyad pula ibu tinggal kat pengasuh, iaitu mak sedara walid...kesian kat irsyad mesti sedih tidur tanpa ibu...tapi nak buat macam manakan...2 tahun itulah yang memerlukan pengorbanan dari ibu dan Irsyad.
Semoga ada sinar kebahagiaan untuk kita sekeluarga.

Setakat ini dulu coretan ibu pada malam ni ye...sudah kat pukul 3.00 pagi

11.12.2014



==========%%%=====%%%%%%==========

08.03.2015

Nak share video pergi tengok bola kelantan....sudah lama ibu tak teman wlid tengok bola....teruja tengok rakyat kelantan bersorokan tengok bola..walaupun sebenarnya ibu kurang minat bola ni....last ibu pergi tengok masa mengandungkan irsyad...sekarang irsyad sudah 5 tahun.....lama kan? Sekali sekala pergi apa salahnya kan...buat hiburkan hati cik abe kita....

ibu  share video tengok bola aritu...



Lepas ni, entah bila pulak tak tau boleh tengok bola....irsyad suka sangat...lain kali ibu dan walid bawak lagi ye sayang...


semoga muhammad irsyad darwish menjadi anak yang soleh....



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
FARWIZAH M.I.D LOVE'S Copyright © 2015 Designed by NH Design