Sunday 31 May 2015

Omega Hari Terakhir Promosi

Jom rebut peluang terakhir unuk dapatkan harga promosi bagi omega...





Omega Guard juga untuk ibu hamil..


Testimoni pengguna omega


Omega juga boleh diberikan untuk anak fokus dalam pembelajaran..


Kolestrol banyak turun


Dapatkan omega harga promosi

FARWIZAH
0199027834

PENGEDAR SHAKLEE PASIR MAS, KELANTAN



Thursday 28 May 2015

VIVIX Batu Karang!

Diceritakan oleh Lyn dari seorang pelanggan yang mempunyai penyakit batu karang

SERAM smpi meremang bulu roma!!!

Huish hari ni sy dikejutkan dgn cerita seorg customer tegar sy.Dia ni mmg la byk penyakit & awal2 ms dia beli satu produk shaklee ni sy dh warning kena sabar dgn semua 'HEALING CRISIS' yg akan dialami...dia ok je pada mulanya.Selepas seminggu consume dia demam teruk & kena gatal2 merenyam...sy pujuk suruh teruskan dia ok lagi.bila mggu ke2 datanglah gout sehingga x boleh jalan!ms tu dia dh mula marah 'x nak makan lg hbs semua penyakit keluar!!!' Sy jwb 'Jgn McM tu, nak sihat kena sabar, klu x nk sihat x yah mkn'...pd ms yg sama sy mohon pd Allah sembuhkan

apa saje penyakit semua customer sy...Itu je sy boleh tolong...mggu lps mengadu plk sakit kepala...sy suruh sabar lagi...sehingga sy takut nk promote kat customer lain takut sy dipersalahkan bila keluar semua Healing Crisis tu...Hari ni belum sebulan customer whatsapp sy gambar tu!Allahu Akbar inilah kali pertama sy lihat BATU KARANG yg real babe!fuh!!!menakutkan mcmana blh kluar ye...customer sy ni perempuan...cer bayangkan...dia bgtau ms nk buang air tiba2 air kencing McM tersekat & dapat rasa ada benda tersekat...bila di Korek tu la seketul yg keluar!!!!adoiiii ngeri sy dgr dia cerita...tp bila sy tanya sakit x?dia jwb dia
X rs sakit atau demam.sebelum ni klu nk kluar McM pasir je pun dh demam & sakit smpi nk pengsan...alhamdulillah ms kluar ni x sakit...dia dulu penah laser Batu karang hbs rm5k...klu besar ni dia kata mau kn rm10k!!!Alhamdulillah dengan izinNya terbukti Shaklee bukan sekadar makanan tambahan tetapi ia dpt meningkatkan kualiti hidup dengan bajet yg sgt minima.Kepada customer sy ni,jgn berhenti jika ingin terus sihat...minum air byk2 & sy jg x kan henti berdoa utk semua customer sy...


Sumber: Lyncottage

10 perkara yang isteri suka suami buat

 Para suami tahukan anda apa yang isteri anda suka dan sentiasa mahu suami lakukan didalam perhubungan anda sebagai suami isteri. Kalau tak tahu jangan tanya isteri anda tapi baca ni sebagai panduan memikat hati isteri anda. Kalau tanya pun agaknya dah berbuih mulut si isteri tapi si suami memang degil buat-buat tak reti. Keras kepala betul la lepas ni tolong amalkan ye...

Wanita ni mahu dibelai mahu disayangi mahu dicintai. Tapi bagaimana kita lelaki nak tunjukkan itu semua?. Tepuk dada tanya selera. Ketahuilah kebiasaannya, wanita tidak begitu berterus terang.Itu memang salah satu tabiat wanita.Mereka suka membiarkan sesuatu perkara yang mereka inginkan menjadi satu misteri kepada suami atau pasangan.

Tapi memang sudah menjadi lumrah seorang wanita ,walau diamanapun di dunia ini, Kalau diajukan soalan berkaitan hubungan intim dengan pasangan, anda akan sukar mendapat jawapan. Tetapi melalui kajian serta pengalaman, anda dapat mengetahui apakah yang isteri anda suka anda lakukan. Baca selanjutnya dibawah.





1."Saya suka suami mencium saya bila nak pergi kerja"

Memang menjadi kebiasaan terutamanya masyarakat melayu,pasangan suami isteri tidak menunjukkan keintiman hubungan suami isteri di di khalayak ramai.Ini disebabkan faktor masyarakat yang penuh dengan tatatertib serta adab sopan.Tetapi masih ada ruang lain yang suami isteri boleh mengambil peluang untuk melakukannya.Seperti waktu suami isteri keluar bekerja.

Bagaimana cara yang paling baik untuk mencium isteri dan meninggalkan kesan positif kepadanya?

Mengucup bibirnya sambil tangan anda memegang kedua-dua belah tangannya.Kucuplah dengan ikhlas dan rasa cinta kepada isteri anda. Ketika pulang kerumah, buat perkara yang sama tetapi kucuplah pipinya. Mengapa pipi pula? Setelah seharian bekerja,berkemungkinan mulut anda sudah mula berbau. Ini akan memberikan rasa yang tidak selesa poda isteri anda. Tapi sekiranya anda seorang suami yang selalu menggosok gigi walaupun di pejabat,maka tak salah mencium bibir isteri.Lakukannya setiap hari dan anda akan melihat kesan positif bukan sahaja kepada isteri malahan kepada diri anda sendiri.

2."Saya suka suami saya selalu memeluk saya"

Salah satu perkara yang membuatkan isteri atau wanita merasakan ketenangan dan cinta adalah dengan cara memeluknya dengan erat. Bilakah waktu yang sesuai untuk memeluk isteri anda?

Waktu yang sesuai memeluk isteri adalah ketika berpisah dengannya seperti keluar bekerja dan sebagainya.Anda hanya perlu melakukan satu pelukan yang ikhlas beserta rasa cinta kepada isteri anda. Peluk isteri anda dengan erat selama sekurang-kurangnya 10 saat.


3. "saya suka suami saya peluk dari belakang dan mencium pipi saya sambil berbisik-bisik di telinga"

Datang dari belakang isteri anda yang sedang berdiri atau sedang melakukan kerja di dapur,peluklah tubuhnya dari belakang sambil bibir anda mencium pipi isteri anda. Anda boleh membisikkan sesuatu ke telinganya seperti "I love U", "hi sayang" dan sebagainya.Pastikan isteri anda sedar akan kehadiran anda,kerana sekiranya si dia tidak sedar kehadiran anda dibelakangnya,berkemungkinan isteri anda akan terperanjat.

4. "saat yang paling gembira bagi saya adalah ketika tangan saya dipegang erat suami"

Bagi lelaki, memegang tangan merupakan perkara biasa.Tetapi bagi wanita, tangan merupakan anggota yang sangat sensitif.Bagi wanita, tangan bagaikan mewakili seluruh jiwa dan raga. Suami perlulah kerap memegang tangan isteri kerana disitulah terletaknya titik kemesraan serta rasa dihargai.

5. "Saya suka suami membuat saya senyum dan ketawa"

Boleh dikatakan hampir kesemua wanita suka kepada lelaki yang boleh membuat mereka tersenyum dan ketawa. Senyum adalah ubat segala duka. Sentiasa mencari idea bagaimana menceriakan isteri akan membuatkan isteri anda sentiasa ingin anda bersamanya sentiasa.

6. "Saya sangat suka kalau suami saya selalu ucap i love you pada saya"

Satu perkara yang agak sukar kepada suami-suami di Malaysia khususnya untuk mengucapkan "i love you" atau " abang sayangkan sayang" kepada isteri. Hakikatnya perkataan itulah yang sentiasa dinanti-nantikan oleh semua isteri.

7. Memasak untuknya

Sekali sekala suami juga perlu masak untuk isteri.Sering kita dengar ungkapan "nak pikat hati suami adalah dengan perutnya".Maksudnya isteri kena pandai masak. Ungkapan ini memang ada kebenarannya pada lelaki dan bernar juga kepada wanita.Kajian di Amarika mendapati 60% wanita akan melakukan hubungan seks selepas menikmati makanan yang dimasak lelaki tersebut. Anda bagaimana?masak untuk isteri sekali sekala apa salahnya.

8. "saya suka suami senyum pada saya"

Lemparkanlah senyuman manis anda kepada isteri setiap kali anda pergi atau pulang dari kerja.Ia menggambarkan kepada isteri anda bahawa dia sentiasa diterima disisi anda.

9."Suami saya jarang memuji saya. Saya suka kalau dipuji"

Jika isteri anda menggayakan baju baru dan bertanya "cantik tak baju ni?"apa anda akan jawab? "cantik!".

sebenarnya bukan baju yang ditanya oleh isteri anda.Anda patut menjawab"cantik sayang pakai baju ni".

10. "Saya harap suami saya selalu menghubungi saya"

Adalah cukup memuaskan hati seorang isteri jika mendapat SMS dari suami "sayang dah makan?" atau "sayang buat apa tu?". Lebih hebat lagi kalau anda menalifonnya atau menghantar SMS " i love you".Bagi suami SMS atau menalifon isteri adalah satu perkara biasa.Tapi tidak pada isteri atau wanita.




Sumber: Openminda

Sunday 24 May 2015

Ibu Menyusu Perlu Kosongkan Payudara

Prinsip yang paling penting dalam penyusuan adalah lebih banyak permintaan lebih banyak pengeluaran...oleh itu, ibu-ibu perlu sentiasa mengosongkan payudara supaya susu dapat dihasilkan dengan lebih banyak.


Masalah susu semakin merudum adalah perkara biasa berlaku dalam kalangan ibu menyusu bayi dengan susu ibu. Ada banyak faktor menyebabkan kuantiti susu ibu semakin menurun.



Kadang kala kebanyakan ibu menyusu terlupa dengan perkara paling asas yang penting untuk membanyakkan susu ibu. Tip tersebut sangat mudah dan boleh dilakukan tanpa mengeluarkan walau sesen duit pun.

Ibu menyusu perlu kerap kosongkan payudara! Macam mana nak kosongkan payudara? Tentu ada yang bertanyakan hal tersebut. Sebelum itu kita perlu ingat kembali formula penting penyusuan. Lebih banyak permintaan lebih banyak pengeluaran.

Maksudnya lagi kerap menyusukan bayi dan mengepam susu maka lagi banyak susu terhasil. Dengan kata lain apabila bayi kerap menyusu dan ibu kerap mengepam susu maka payudara ibu cepat menjadi kosong.



Jangan bimbang kalau orang kata makin kerap kita perah susu, nanti susu akan menjadi kering. Kenyataan tersebut salah sama sekali. Bahkan sebenarnya dengan kerap mengepam susu iaitu setiap dua atau tiga jam sekali sehari, kita membantu penghasilan susu dalam payudara.

Ini kerana apabila payudara diperah sehingga susu habis dan payudara kosong, maka selepas itu payudara akan penuh semula dengan penghasilan susu. Sebaliknya kalau payudara anda tidak betul-betul dikosongkan (masih ada lagi baki susu), maka lambatlah susu akan penuh semula.

Jadi, selepas ini ibu-ibu perlu rajin mengepam/memerah payudara selepas menyusukan bayi bagi memastikan payudara betul-betul kosong. Bila sudah kosong, baharulah payudara akan diisi semula dengan susu.

Ingat formula penting ini, lagi kerap kita kosongkan payudara, lagi banyak susu akan terhasil. Jadi, selepas ini ibu-ibu perlu faham kenapa kita kena rajin perah atau pam susu sekerap yang mungkin. Semuanya untuk mendapatkan hasil susu yang lebih banyak!




Sumber: pama

Testimoni ESP...untuk kulit cantik, gebu dan bertenaga

Siapa yang pernah cuba semestinya jatuh cinta dengan ESP ni....

Jom ikuti testimoni ESP....Energizing Soy Protein












Setin ESP : RM 150

Tahan 2-3 bulan


Dapatkan dengan saya:

FARWIZAH
0199027834

PENGEDAR SHAKLEE PASIR MAS


Vitalea Multivitamin Pertama Di dunia

Vitalea, iaitu product pertama by Dr. forest C. shaklee.High potency formula that provides 23 essential vitamins and minerals at clinically proven levels No more, no less, for optimal health. Plus, the patented Bioactivated Absorption System™ exclusive to Shaklee ensures enhanced absorption of folic acid, a critical component of complete nutrition.....



What makes Vita-Lea the perfect Multi over leading brands? 349 Quality Tests are performed every time Vita-Lea is produced to guarantee purity and potency. Ideal for women of childbearing age and teenagers.



Apakah kelebihan vitalea?

Ianya dikatakan killer product of Shaklee kerana ianya adalah multivitamin beserta iron sangat penting utk pembentukan darah dan sel Jika dulu saya belajar, dikatakan 2 biji vitalea bersamaan dengan 40 jenis lauk. Bermaksud, untuk mendapatkan zat yang sama banyak dalam 2 tabs vitalea ianya sama lah dengan hidangan 40 jenis lauk pauk.




Ada sesetengah doktor mengeluarkan kenyataan bahawa pengambilan multivtitamin shj sudah mencukupi bg mereka yang sihat. Namun pada saya jujurnya, keperluan b com dan vit C hari ini sangat penting seiring dengan pengambilan vitalea.Asasnya, semua masalah kesihatan memerlukan vitalea. Ini kerana di dalamnya yang mengandungi 12 vit dan 7 galian utama banyak membantu dalam kestabilan sistem tubuh badan manusia.Vitalea banyak membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari segi akarnya, membantu mencegah penyakit tiroid@ beguk(penyakit tiroid ini terjadi kebiasaannya kerana kekurangan iodin dan ini terdapat di dalam vitalea kita.

Supplement penting untuk diet atau slim yang mana walau kita kurang makan namun pengambilan vitalea ni banyak membantu memberi badan rasa bertenaga, tidak lesu dan menjadikan kulit yang sentiasa tegang.

Ibu2 yang mengandung dan menyusukan anak sangat digalakkan mengamalkan pengambilan vitalea kerana kepentingan zat dan vitamin serta keperluan iron oleh si ibu dan ianya juga penting untuk tumbesaran anak.

Mengapa ada sesetengah ibu yang mengandung mahupun yang menyusukan anak mudah rasa pitam atau pening kepala?

Hakikatnya ibu2 ini kekurangan zat besi @ iron dalam pengambilan diet harian mereka. Iron banyak terdapat dalam makanan laut seperti kerang, tiram namun terdapat banyak kekangan sekiranya kita hendak bergantung dengan sumber asli semata2. Apakah kekangan yang dimaksudkan? Harga kerang mahupun tiram lebih adalah mahal disesetengah tempat, sumbernya juga terhad...kelebihan bagi mereka yang tinggal berdekatan dengan perairan, bukan semua orang makan makanan laut..ianya menjadi terhad kepada mereka yang allergic kepada makanan laut. Kekangan ini membuatkan kita disaranankan menambah supplement dalam diet harian agar semua zat yang perlu diambil dapat disempurnakan.


Hanya daftar ahli rm69....dan beli 1 produk shakler anda akan dapat PERCUMA vitalea yang bernilai RM89....sebotol mempunyai 120 biji....


Mahu Join Ahli??

Hubungi;
Farwizah
0199027834
Pengedar Shaklee Pasir Mas, Kelantan

Perkongsian Seorang Adik mengalami SLE ambik Vivix Shaklee

Kita hanya berusaha...segalanya adalah ketentuanNya....jom kita ikutu perkongsian Elis mengenai adiknya yang mengidap SLE...

Assalamualaikum..

Just nak berkongsi cerita pasal adik saya yang mengidap SLE. Kesan daripada SLE tu, buah pinggang adik saya tak berfungsi dengan baik..Bermula pada tahun 2011 sampai hari ni, setiap hari dia akan buat dialisis air setiap 6 jam (4x sehari) di rumah..

Peralatan semua hospital sediakan tapi bekalan air kami perlu beli dari hospital..dapat bekalan ubat hospital seperti prednisolone, ubat darah tinggi..kalsium..etc..pernah sekali darah tinggi dia naik sampai takde bacaan..terlampau tinggi..urat mata hampir rosak..Keluar masuk hospital jgn cakap la..setahun terpaksa tangguh pengajian...Tapi syukur, semangat dia masih kuat dan keinginan untuk hidup cam org lain sgt tinggi..Dia sekarang sudah bekerja dan saya berterima kasih pada bosnya yg faham dgn masalah adik saya tu..

Bila dah mula aktif dengan Shaklee, saya bagi adik saya makan omega..sebab masa tu tgh promo, jadi ambil la peluang..saya paksa dia makan..setiap hari saya akan telefon tanya omega dh amik ke belum.Sampai kadang2 tu saya tak percaya dia makan, saya double conferm ngan mak abah..Pesan suh dia makan..saya kakak yang garang..huhu..Saya cakap kat mak, kita kena cuba walau mcm mana cara sekalipun..Mak saya tak setuju sebab harganya agak mahal..tapi bila dh explain, dan bertegas nk jugak dia cuba..mak saya akur..

Jadi permulaan dia mkn omega 1biji sehari..Ada healing crisis jugak..dia jadi haus sgt2 (nk minum air byk tak boleh, kidney problem) ..mengantuk.. letih.. pening.. 2minggu lepas tu dh ok.. Sampai satu masa darah tinggi dia naik, sampai kena tahan hospital..kuar dari hosp pun bukan sihat sepenuhnya, masih pening2 jugak..Saya ckp kat dia, amik 2 bj omega setiap hari untuk turunkan tekanan darah..ALHAMDULILLAH.. tekanan darah dia turun..Start dari tu keyakinan pada suplement Shaklee semakin meningkat..tapi of coz semuanya adalah kuasa Allah..yang penting kita berusaha bukan tunggu dan lihat je..Ubat/Suplemen cuma sebagai alat..ALLAH la yang beri kesihatkn pada badan kita..

Lepas tu saya bagi Oste plak..sebab dari pembacaan saya org yg ada kidney failure tak bleh amik susu sgt (mohon dibetulkan kalau salah..) untuk keperluan kalsium badan dia..sbb mak ckp asik sakit urat je adik saya tu..dia memang malas nk bgtau saya, sbb nnt saya mesti suruh mkn suplement..menyampah agaknya..tapi percaya la AKU SAYANG KAU dik..

Tapi ni cerita paling gembira saya nk kongsi..

Sekarang Adik saya dh tak perlu buat dialisis air setiap 6 jam..doktor kurangkan jadi 8 jam..maknanya 3x je sehari..berita ni saya baru dpt malam tadi..ALHAMDULILLAH.. menitik air mata dengar..walaupun baru dikurangkan jadi 3..semoga dia semakin berkurang..ini kerana kesan dari SLE tu ia meningkatkan blood urea nitrogen (BUN) dan creatinine dalam buah pinggang..Doktor ckp creatinine yg ada dh kurang.(saya pun tak paham ape benda tu, tapi yg penting kesihatan adik saya dh meningkat) .Kalau sebelum ni, sehari lebih kurang 3x je dpt buang air..Sejak 2 menjak ni dekat 5x sehari masuk tandas..

Nak tau tak apa yg saya paksa adik saya makan pulak ?? VIVIX ..belum pun habis sebotol. Kesan nye menggembirakan saya sekeluarga. Dia cakap sepanjang ganti puasa tak letih, tak haus..ada je tenaga..siap bleh tolong mak buat kuih untuk jualan utk bazar ramadhan lagi..Badan pun dh slim skit sbb dia kata tak lapar..


Walaupun proses perubahan ni masih baru saya tetap berdoa pada Allah bagi kesihatan yang sepenuhnya pada adik saya..Ya Allah makbulkanlah doa hamba Mu ni Ya ALLAH...

Terima kasih pada Ija Ramli merangkap 'mak' saya..Semoga Allah balas kebaikkan dia yg sudi bantu saya..

Sekian..

Elis Azlizan -

Sumber: happyhealthylifeshop.blogspot.com

Saturday 23 May 2015

Testimoni Nutriferon untuk demam

Nuriferon perlu sentiasa ada di rumah...kenapa ye??

Ikuti testimoni pengguna nutriferon










Boleh berikan kepada anak anda atau anda sendiri yang demam

Hubungi saya;

Pengedar Shaklee Pasir Mas
Farwizah
0199027834



Nutriferon untuk Sistem Imun Badan

 Apa itu Nutriferon?


NutriFeron terbukti secara klinikal terdiri daripada gabungan ekstrak tumbuhan yang mengukuhkan sistem imun. NutriFeron menstimulasikan setiap sel di dalam badan kita untuk menghasilkan interferon aslinya sendiri.





Apakah interferon? Interferon ditemui oleh Dr. Yosuhiko Kojima pada tahun 1954, iaitu bahan semulajadi yang dihasilkan oleh setiap sel badan. Ianya diaktifkan setiap kali sel dijangkiti oleh mikrob, virus, sel kanser dan lain-lain.



>>> Siapa yg perlukan Nutriferon



1. Sesiapa sahaja yang berumur melebihi 12 tahun yang gaya hidupnya amat sibuk, tekanan gaya hidup menyebabkan system imun individu ini seringkali mengalami serangan yang berterusan

2. Individu yang ingin proaktif di dalam mengoptimumkan respons imun mereka terhadap iritasi alam sekitar dan juga pencemaran udara

3. Individu yang ingin mengekalkan prestasi sistem imun mereka di tahap yang maksimum

4. Individu yang berumur, yang sedemikian terdedah kepada kekurangan imuniti

5. Individu yang diet mereka tidak optimum

6. Individu yang sering tertekan/hidup dalam tekanan

7. Individu yang gaya hidupnya tidak/kurang aktif

8. Kanak-kanak

9. Kanak-kanak 2 tahun ke atas



>>> Kenapa perlu Nutriferon?



Untuk kegunaan harian, NutriFeron meningkatkan pengeluaran interferon semulajadi badan iaitu suatu pengaktif kritikal sistem imun.



NutriFeron berfungsi di dalam peringkat selular sel dalam dua cara iaitu

- Mengaktifkan sistem pertahanan imun dengan aktif/cepat

- Menggerakkan "pasukan cari dan musnah' dalam sistem imuniti badan.



Interferon membantu melindungi kita daripada pendedahan harian terhadap beribu penceroboh asing yang boleh membawa kepada penyakit serius dan penyakit.



Oleh itu, amat perlu bagi kita untuk menolong badan kita membantu diri kita sendiri dan itulah tujuan Nutriferon; untuk merangsang setiap sel badan untuk menghasilkan lebih banyak interferon asli untuk menyediakan badan kita perlindungan dengan tahap yang lebih tinggi dalam skop yang luas terhadap serangan selsema, virus dsb.




>>> Kenapa Nutriferon Shaklee?



1. Meningkatkan tahap interferon secara semulajadi – saintis telah mengenalpasti interferon sebagai satu faktor penting penyumbang kepada fungsi imun yang sihat. Nutriferon adalah satu-satunya supplemen tambahan di US yang dihasilkan oleh immunologist yang menjumpai interferon yang meningkatkan pengeluaran interferon di dalam badan secara semulajadi.



2. Dihasilkan oleh individu yang menjumpai Interferon - Dr. Yasuhiko Kojima, imunologi dunia yang terkenal yang telah menemui interferon pada tahun 1954, telah melakukan penyelidikan berdedikasi selama empat puluh tahun untuk mencari sebatian semulajadi yang akan memberi rangsangan kepada pengeluaran interferon. Nutriferon daripada Shaklee adalah satu-satunya supplemen perlindungan di US.



3. Penyelidikan selama 40 tahun – selepas 40 tahun melakukan ujian yang teliti dan melibatkan percubaan bertan-tan kandungan sebatian semulajadi dan herba, Dr. Kojima membangunkan campuran unik empat elemen berkuasa sayur-sayuran yang meningkatkan pengeluaran semulajadi interferon badan.



4. Campuran interferon yang dipatenkan – elemen tumbuh-tumbuhan penggalak. NutriFeron mempunyai MACH, 1 campuran interferon drpd ekstrak tumbuhan yg telah dipatenkan formula ekslusif yang mengandungi ekstrak labu, ekstrak safflower, ekstrak benih Asian Plantain dan ekstrak bunga Japanese Honeysuckl.



5. disokong oleh 4 kajian klinikal ke atas manusia- 4 kajian klinikal yang dikeluarkan mengesahkan kesihatan luarbiasa dan sokongan imunisasi hasil manfaat daripada campuran ekstrak proprietari yang ditemui di NutriFeron.



6. Formula eksklusif dilindungi oleh tiga paten - Nutriferon disokong oleh tiga paten dan hanya boleh didapati melalui Shakee dan Independent Distributor Shaklee sahaja. Formula yang unik dan berpaten ini hanya eksklusif di Shaklee.



7. Dibuat menepati piawaian kualiti yang terbaik – supplemen tambahan yang berkesan, NutriFeron telah melalui ujian sistematik yang ketat untuk keselamatan, kesucian, potensi, dan prestasinya.




Berminat,
Hubungi Farwizah 0199027834
Pengedar Shaklee Pasir Mas

Friday 22 May 2015

Sambutan Hari Guru di PASTI

Pertama kali anakanda menyambut hari guru...sangat teruja dia...suruh belikan hadiah...suruh bungkuskan hadiah...semuanya tak sabar dia nak buat...
Ibu bungkuskan hadiah...pastu mintak dia sendiri yang tulis nama cikgu-cikgunya...begitu tekun je dia menulis...





M.Irsyad jadi mummia...haha..cikgu pilih dia jadi mummia...




4hari 4malam tak habis lagi kira nama cikgu dia...hihi...apapun asal nama ibu gembira...


Selamat Hari GURU.....JasaMu dikenang selalu...



Alfafa dan Keputihan

Pengeluaran lendir keputihan dari kemaluan tidak semestinya menandakan penyakit. Sebaliknya ia mungkin adalah proses biasa bagi seorang wanita. Lendir dikeluarkan oleh faraj dan pangkal rahim untuk melindungi sel-sel dan saluran dinding faraj. Tanpa lendir ini, sel-sel ini akan menjadi kering dan rosak.






Kebiasaannya sifat dan rupa lendir atau keputihan itu adalah jernih , cair tanpa berbau dan tidak diiringi rasa gatal. Lendir yang berwarna putih dan pekat, kelihatan seperti nanah,  berbau busuk serta diiringi rasa gatal-gatal pada sekeliling faraj. Adakalanya warna lendir itu berwarna kemerahan atau coklat kerana bercampur darah. menandakan yang faraj dan sistem peranakan anda telah dijangkiti oleh bakteria.

Beberapa contoh penyebab keputihan wanita yang tidak normal ialah:-

Infeksi yang disebabkan oleh kulat. Keluar lendir berwarna putih ataupun kekuningan. Ia berlaku secara berterusan dan biasanya disertai dengan rasa gatal. Infeksi jenis ini kebiasaannya disebabkan oleh kulat candida atau monillia. Infeksi oleh kuman trichomonas. Keputihan wanita jenis ini biasanya ditunjukkan oleh keluarnya cairan berwarna kehijauan dan serta rasa gatal.Infeksi oleh bakteria vaginosis. Tanda-tanda bagi situasi ini ialah keluar cecair yang berwarna kelabu serta berbau.Penyakit yang menular melalui perhubungan seks, yang ditunjukkan dengan keluarnya cairan bersifat 'cheesy', berbau dan bercampur darah.Kanser pangkal rahim. Tandanya ialah keluar cecair yang biasanya tidak disertai gatal, disertai bau busuk

Beberapa contoh penyebab keputihan wanita yang lain:-

Vaginitis atropik yang timbul pada usia lanjut (menopause), kebiasanya disertai dengan rasa nyilu akibat kekurangan hormon estrogen.Ubat seperti antibiotik, ubat mengandungi estrogen.Pemakanan juga merupakn faktor yang menyebabkan kulat berlebihan pada vagina anda. Pengambilan makanan mempunyai kandungan gula yang tinggi seperti donut, kuih-muih dan gula-gula getah juga boleh menyebabkan keputihan. Pengambilan beberapa jenis buah-buahan seprti nenas, sengkuang dan timun juga boleh menyebabkan keputihan. Kurangkan pengambilan buah-buahan ini jika anda mempunyai masalah keputihan.

Pemakaian tuala wanita yang kurang sesuai dan seluar dalam yang kurang pengudaraan juga boleh memburukkan lagi permasalahan ini.

Terdapat benda asing seperti adanya benang, kain ataupun benda lain yang secara sengaja / tidak sengaja ada di dalam vagina.

APAKAH KEBURUKAN KEPUTIHAN

Ramai wanita beranggapan keputihan ini adalah sesuatu yang normal bagi wanita. Tetapi secara kita tidak sedar, penyakit ini telah membelenggu ramai wanita. Di antara keburukan keputihan ini ialah:

Mengganggu keharmonian rumahtangga. Masalah keputihan tidak menjejaskan kesuburan seseorang wanita tetapi jika keputihan itu menjadi serius, hubungan seksual antara suami isteri akan terjejas. Lelehan keputihan yang teruk dan bau yang tidak menyenangkan akan mengendurkan nafsu suami untuk bersama. Radang pada faraj juga menyebabkan isteri merasa sakit dan tidak selesa bila bersama suami.Jangkitan kepada bayi di dalam kandungan. Wanita mengandung adalah di antara mereka yang senang diserang oleh masalah keputihan. Ketika hamil, hormon estrogen akan menyebabkan faraj mengeluarkan lebih banyak glycogen. Ini meyebabkan kulat lebih mudah membiak kerana dinding faraj lebih lembab. Secara purata, kira-kira 80% wanita hamil mengalami masalah ini.

CARA MENGATASI KEPUTIHAN

Secara umumnya Alfalfa Complex mampu menanggani masalah wanita amnya dan masalah keputihan secara khususnya.  Alfalfa bertindak umpama kacip fatimah bagi wanita. Mari kita lihat kebaikan Alfalfa Comples keseluruhannya.

AWAS!!!! Tidak semua alfalfa adalah sama, alfalfa yang didapati di supermarket adalah alfalfa sprout (biji cambah). Alfalfa lain mungkin ditanam dengan kaedah yang tak mementingkan teknologi hijau. Alfalfa Shaklee diperbuat daripada daun alfalfa bermutu tinggi yang ditanam di California, USA – ditanam tanpa pertisid, racun kulat, bacteriosides, hormon sintetik dan bahan kimia.

Kebaikan Alfalfa bukan sahaja khusus untuk wanita tetapi, boleh juga dikongsikan bersama lelaki:

#Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian tubuh manusia.
#Sebagai penggalak susu yg mempercepatkan penghasilan susu badan untuk ibu meyusukan bayi
#Mencuci usus bagi membuang toksikMemberi sensasi ‘rasa sejuk’Memberi kelegaan semasa haid
#Merawat arthitis
# Bagus untuk elergi dan ekzema
# Merawat athma
# Menghilangkan kelesuan dan tekanan
# Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor disebabkan jangkitan buah pinggang
# Meneutralkan asid dalam badan
# Merawat masalah keputihan pada wanita
# Membesar dan menegangkan payudara
# Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri
# Memulihkan urat selepas bersalin
# Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
# Meningkatkan stamina seorang suami
# Melegakan sembelitMembuang angin dalam badan
#Melegakan sakit sendi dan belakang



Secara ringkasnya, Alfalfa boleh membantu mengatasi masalah keputihan sekaligus menambah keintiman suami dan isteri serta menjaga kesihatan dalaman wanita.

Wednesday 20 May 2015

vivix shaklee dan sakit lutut

Seorang anak yang sanggup membalas jasa ibu ayah dengan menghadiahkan vivix shaklee buat mereka...hanya semata-mata nak melihat mereka segar dan sihat sentiasa....jom kita ikuti testimoni tentang sakit lutut seorang ayah..                                                                                                                                                    

Sehari sebelum berpuasa, mak ada telifon saya. Mak cakap..lutut ayah makin membengkak..sekarang ayah macam dah ada 2 lutut. Ayah dah tak boleh solat sambil berdiri sbb ia sangat menyakitkan. Kalau sujud pon..lambat sangat nak bangun balik. Kat rumah saya takde tandas duduk. Semua tandas mencangkung. Ayah nak kencing pon kena pakai kekuda. Bila saya dengar, saya sangat kesian. Sedih sangat bila ayah yang banyak berkorban untuk saya menderita macam tu. Saya selalu jugak tanya kaba pasal lutut ayah. Tapi ayah cakap dah ok. Tapi sekarang ia makin semakin tak ok. Dulu ayah amik ubat yang doktor bagi. Doktor dah suggest untuk ayah buat pembedahan lututnya tu. Tapi ayah tak nak. Kalau saya pon tak nak jugak operate lutut. Mak pulak cakap badan dia sangatla mudah penat. Sakit belakang, bahu..tapak kaki..sume sakit2. Yelah, mak lahirkan 8 orang anak. Setiap 2 tahun pulak tu. Badan memang sentiasa penat la.

Dulu saya pernah nak bagi mak ayah amik vitamin..tapi diorang ni jenis yang susah nak amik tablet mahupon cecair. Pastu banyak betol alasan bila saya cakap nak bagi supplimen demi kesihatan mereka. Hehe..biasalah kan orang tua..tapi kali ni mereka sendiri request. Jadi diorang tak banyak soal..Ikut je suggession saya:)



Saya terus buat order vivix untuk mak ayah guna sepanjang Ramadhan. Ayah dan mak terus mencuba vivix tu sebelum tidur seperti yang saya sarankan.

Esoknya alhamdulillah ayah tak rasa sangat sakit di lututnya. Mak pulak merasa sangat segar walaupon berpuasa sambil menjadi babysitter kepada 2 orang kanak2. Sampai boleh pergi sapu seluruh laman rumah. Ada orang tegur,"kak ani tak puasa ke hari ni? Saya tengok dari tadi duk mencabut rumput tu puasa2 ni". Lenguh2 badan mak pon berkurang. Tu baru makan sesudu teh. Banyak nye bagi kesan kepada kesihatan mak ayah saya. Ayah pulak boleh buat solat terawih sampai 21 rakaat tanpa ada masalah walaupon lututnya masih bengkak.

Saya tak tahu kesan vivix begitu mendalam dan cepat. Jomlah kita cuba bagi vivix kepada mak ayah kita. Kesihatan mereka tak dapat diganti dengan duit. Kalau mereka sakit makin teruk, lagi banyak duit yang akan dihabiskan kan? So lebih baik kita ambil tindakan cepat2 sebelum terlambat. Lagipon mak ayah kita banyaaakkk sangat berjasa kepada kita. Apa salahnya kita membalas jasa mereka dengan berikan vivix kepada mereka. Duit boleh dicari, tapi mak ayah kita tiada gantinya. Kita pon tak tahu bila mereka akan kembali kepada Allah kan. Jadi selagi mereka masih bernyawa, berikanlah yang terbaik bagi mereka. Kalau dulu kita sakit, mereka tak tidur pon,



                 


Sumber: freevitamin

Monday 18 May 2015

Hari Keluarga di Putra Valley Tanah Merah, Kelantan

Alhamdulillah selama 2 hari berkampung di Putra Valley bagi meraikan hari keluarga sekolah...banyak program yang dilaksanakan....

Pada petang jumaat, semua guru dijemput hadir untuk memberi peluang kepada anak-anak untuk bermandi manda di kolam...bayaran yang dikenakan adalah RM12 untuk setiap orang...kami dah tak dikenakan bayaran kerana telah termasuk dalam pakej kami di sini.
Kolamnya bersih dari segala kotoran.





Acara pada malamnya ada acara BBQ....

Keesokkan harinya ialah acara sukaneka bagi anak-anak guru serta acara untuk guru-guru juga...



Acara guru-guru ;

# Telur Ajaib
#Baling kelapa ke botol
#Paintball



Bergambar di kawasan sekitar Taman




Hari Keluarga sekolah berakhir 2.00 petang....alhamdulillah sngat berpuas hati dengan tempat ini walaupun ianya masih baru.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
FARWIZAH M.I.D LOVE'S Copyright © 2015 Designed by NH Design