Monday 4 November 2013

Kepentingan Iodin kepada wanita hamil


Iodin penting untuk wanita hamil untuk mengelakkan bayi dalam kandungan mengandungi masalah.
Iodin perlu untuk perkembangan otak dan sistem saraf bayi yang normal terutamanya ketika masih dalam kandungan. keperluan ini berlanjutan sehingga kanak-kanak tersebut berusia dua hingga tiga tahun.
wanita hamil memerlukan iodion untuk menghasilkan hormon tiroid. hormom inilah yang menyokong pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak pada tahap yang normal. selain daripada itu, hormon tiroid ini dapat membantu mengekalkan tahap metabolisme badan.
muslimah hamil
Wanita hamil dan wanita menyusukan memerlukan lebih banyak iodin daripada orang biasa.
Iodin tidak disimpan dalam tubuh dan perlu diambil setiap hari. makanan yang mengandungi iodin ialah seperti makanan laut, susu dan produk tenusu. bagi wanita hamil yang ‘vegetarian’, pengambilan susu yang secukupnya penting bagi memastikan kuantiti yang diperlukan dapat menampung keperluan harian.
Kekurangan Iodin bagi wanita hamil akan menyebabkan :
~ Gangguan terhadap perkembangan otak bayi dalam kandungan.
~ Keguguran
~ kematian bayi dalam kandungan
~ Mati semasa dilahirkan
~ Kelahiran anak yang juga kekurangan iodin

oleh itu, disarankan kepada wanita hamil agar menjaga pemakanan agar bayi yang sihat dapat dilahirkan dengan sebaiknya. wanita yang menyusukan bayi dicadangkan agar mengambil sebanyak 270ug setiap hari.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
FARWIZAH M.I.D LOVE'S Copyright © 2015 Designed by NH Design